TDC 2022 Paper Presenter 2

Teachers' Day Conference, Brunei Darussalam

PENGGUNAAN TEKNIK ‘I-BIK’ TERHADAP PENULISAN KARANGAN PELAJAR

Strand: Teacher Professionalism

Download:

Abstract

Menurut kajian lepas kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sukar dikuasai oleh pelajar. Kajian tindakan ini menyasarkan kepada kemahiran menulis karangan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang bertujuan mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran mengolah idea bagi perenggan isi karangan pelajar melalui penggunaan salah satu teknik yang dikenali sebagai ‘i-Bik’. Teknik ‘i-Bik’ adalah akronim daripada perkataan ‘Idea Besar Isi-Isi Kecil’. Teknik ‘i-Bik’ memerlukan pelajar melahirkan idea besar (utama) untuk mengeluarkan isi-isi kecil yang lebih tersusun dalam perenggan isi sesebuah karangan. Pemilihan isi mengambil kira tema, kata kunci dan penggunaan teknik. Setiap binaan rangka perenggan isi karangan terdiri daripada idea besar sebuah tajuk karangan didukung oleh isi-isi kecil. Oleh itu, perancangan kajian tindakan difokuskan kepada mengolah idea karangan menggunakan Teknik ‘i-Bik’ untuk mempertingkatkan kemahiran menulis pelajar. Kajian tindakan melibatkan dua sampel kajian yang terdiri daripada 52 orang pelajar tahun 11 dijadikan responden kajian. Kajian ini menganalisis keberkesanan penggunaan Teknik ‘i-Bik’ terhadap peningkatan prestasi penulisan perenggan isi karangan pelajar. Hasil tindakan yang diperoleh daripada ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan. Selain itu, pelajar boleh menyusun dan menyenaraikan isi-isi kecil berpandukan idea besar dengan baik. Secara keseluruhan Teknik ‘i-Bik’ boleh dijadikan alat pengajaran yang membantu pelajar melahirkan idea bagi perenggan isi dengan lebih berkesan lagi.

KEYWORDS
Penulisan perenggan isi karangan, idea, Bahasa Melayu, Pelajar Tahun 11 Teknik ‘i-Bik’, pengolahan idea, isi-isi Kecil.


Dayang Rossaleni Binti Haji Selamat

Teacher
Sekolah Menengah Masin

Cikgu ROSSALENI BTE HAJI SELAMAT adalah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Masin sebagai guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Melayu Islam Beraja. Latar belakang akademik Cikgu Rossaleni memiliki sarjana sastera dalam Bahasa Melayu dan lingusitik dan mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 20 tahun. Beliau mempunyai minat dalam penulisan bercorak pendidikan dan linguistik. Cikgu Rossaleni bergiat aktif dalam program akademik sekolah dan sering menekankan pembelajaran merentasi kurikulum.