Plenary Speaker 2023

Teachers' Day Conference, Brunei Darussalam



Dr. Abang Hadzmin bin Abang Taha

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Dr Haji Abang Hadzmin dilahirkan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1970. Mula mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Birau Tutong dan Sekolah Ugama Birau Tutong sebelum meneruskan pengajian persekolahan di Sekolah Menengah Arab Lelaki Hassanal Bolkiah mulai 1979 hingga 1989. Dr Haji Abang Hadzmin melanjutkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam pada Ogos 1992 melalui program Matrikulasi dan seterusnya mengikuti program BA Pendidikan (Pengajian Islam) sehingga beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera Pendidikan (Pengajian Islam) dengan minor Sejarah pada tahun 1997. Dr Haji Abang Hadzmin sempat menjawat jawatan pegawai pelajaran bergaji hari di Kementerian Pendidikan dan mengajar di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Tutong sebelum menjadi tutor di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam pada tahun yang sama.


Dr Haji Abang Hadzmin melanjutkan pengajian di Khartoum International Institute for Arabic Language, Sudan dan mendapat Ijazah Sarjana dalam Pengajaran Bahasa Arab pada bulan Jun tahun 2001. Beliau kemudian kembali bertugas di UBD sebagai pensyarah dan menjadi Ketua Jabatan Bahasa Arab IPISHOAS, UBD. Melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mulai tahun 2006 dan kembali bertugas di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2010 di Universiti Islam Sultan Sharif Ali.


Beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan pada tahun 2012 dan diamanahkan untuk menjadi Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam UNISSA. Beliau telah menyertai beberapa seminar terutama dalam bidang pendidikan, bahasa Arab dan Jawi, antaranya sebagai pembentang jemputan di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pada November 2014, Dr Haji Abang Hadzmin diaturkan bertugas ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan sebagai Penolong Ra’es pada November 2014 dan memangku jawatan Timbalan Ra’es pada tahun 2016 hingga sekarang.


PLENARY OVERVIEW

Title: Kualiti Guru dalam Perspekstif Islam dan Hubungkaitnya dengan Transformasi Pendidikan

Tajuk ini pada umumnya mengongsikan sudut pandangan Islam – bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta tradisi Pendidikan Islam – terhadap kualiti guru dalam konteks yang luas mewakili bahagian tenaga kerja terbesar dalam sistem pendidikan. Kualiti utama Guru dibandingkan dengan keperluan dalam mencapai matlamat Pendidikan, penyediaan kandungan kurikulum, penyampaian dan penilaian sistem pendidikan secara menyeluruh sesuai dengan keadaan sebenar pendidikan semasa di Negara Brunei Darussalam khasnya. Di samping memenuhi tuntutan kewajipan menyampaikan ilmu sebagai bahagian dari maqasid syariah, tren pendidikan semasa juga akan disentuh dalam memberikan gambaran keperluan asas dalam membentuk transformasi pendidikan ke arah mencapai atau meningkatkan matlamat pendidikan yang padu. In Sha Allah.