Nur Afiqah binti Julaihy
Mahasiswi Doktor Falsafah Pendidikan Islam
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam
Nur Afiqah binti Julaihy ialah seorang Mahasiswi Doktor Falsafah Pendidikan Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam.
Co-Presenter
Dr Ahmad Yunus bin Kasim
Penolong Kanan Profesor
Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam
Abstract
KEBERKESANAN MODUL MATA PELAJARAN SEJARAH ISLAM DALAM PENDEKATAN PEMBELAJARAN TERADUN: SATU KAJIAN RINTIS
Strand: Pedagogy
Pendekatan pembelajaran teradun bermaksud pembelajaran secara bersemuka antara guru dengan pelajar dan pembelajaran menggunakan teknologi yang mana digunakan sebagai bahan medium pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan modul mata pelajaran Sejarah Islam dalam pendekatan Pembelajaran Teradun yang dilaksanakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini melalui kajian rintis yang telah dijalankan. Satu prototaip modul yang dibina sendiri melalui ‘Design and Development Research’ berdasarkan modul Morrisson (2007), sebagai asas dalam membina modul. Kajian perpustakaan juga dijalankan seperti analisis kandungan dengan menggunakan dapatan-dapatan data sekunder dari kajian-kajian lepas dan buku-buku yang berkaitan. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif juga dijalankan dalam kajian ini, iaitu soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Dapatan awal kajian mendapati bahawa majoriti pelajar berminat belajar di komputer lab dengan menggunakan bahan bantu multimedia seperti komputer dan internet yang diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah Islam. Prasarana seperti komputer lab dan internet adalah terhad yang menganggu pembelajaran di sekolah. Semenjak 2019, dunia telah mengalami situasi pandemik Covid-19, dimana pendidikan perlu mengambil kesempatan terhadap pembelajaran menggunakan pendekatan pembelajaran teradun bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif sekali dalam mata pelajaran Sejarah Islam.
Keywords:
Konsep Pembelajaran Teradun, Sejarah Islam, Prototaip Modul.