Hajah Zatul-‘ Iffah Waznah binti Haji Mohamad Kasim
Education Officer
Sekolah Menengah Perdana Wazir
Hajah Zatul-‘ Iffah Waznah binti Haji Mohamad Kasim is an Education Officer at Sekolah Menengah Perdana Wazir, Kuala Belait. She holds a Sarjana Muda Sastera Pendidikan, Universiti Brunei Darussalam 2006 and a Sarjana Pendidikan, Universiti Brunei Darussalam 2021. She teaches Kesusasteraan Melayu and Melayu Islam Beraja.
Co-Presenter
Dr Rozaiman bin Hj Makmun
Assistant Professor
SHBIE
Dr Rozaiman bin Hj Makmun is an Assistant Professor with SHBIE. He is interested in the application of technology in teaching & learning, the application of inquiry-based learning, and problem-based learning and inquiry-based learning. He is also interested in guiding students in the production and exhibition of blended learning materials, the implementation of lifelong education and the publishing of academic books and resource books for learning at secondary and university level.
Abstract
PENGAJARAN SASTERA BERINOVASI MELALUI PdPc TERBEZA
Strand: Pedagogy
Pengajaran terbeza merupakan proses penyesuaian pengajaran untuk memenuhi kepelbagaian keperluan pelajar yang meliputi aspek sosioekonomi, budaya, bahasa, agama, tahap kognitif, afektif, minat, kecenderungan, jantina mahupun latar belakang pelajar bagi membantu guru dalam merancang proses pengajaran dan pemudahcaraan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka perancangan pengajaran dan pemudahcaraan terbeza dalam persediaan mengajar Kesusasteraan Melayu. Kajian ini juga meneroka amalan pengajaran dan pemudahcaran terbeza dan merumuskan persepsi pelajar. Pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes diaplikasikan bagi mengutip data temu bual separa struktur, pemerhatian tidak ikut serta dan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga tema dari aspek perancangan, iaitu penentuan isi pelajaran terbeza; penentuan langkah-langkah pengajaran terbeza; dan hasil pembelajaran. Selain itu, terdapat empat tema dari aspek amalan proses pengajaran, iaitu strategi terbeza, kaedah terbeza, teknik terbeza dan aktiviti terbeza. Manakala persepsi pelajar telah dirumuskan kepada lapan tema. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan Kesusasteraan Melayu.
Keywords:
Kesusasteraan Melayu, pengajaran dan pemudahcaraan terbeza, kualitatif, inovasi.