Pg Hj Muhammad Firdaus bin Pg Hj Rusman
Mahasiswa Doktor Falsafah Perguruan Ugama dalam bidang Pendidikan Islam
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam
Pg Hj Muhammad Firdaus bin Pg Hj Rusman ialah seorang Mahasiswa Doktor Falsafah Perguruan Ugama dalam bidang Pendidikan Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam.
Co-Presenter
Dr Ahmad Yunus bin Kasim
Penolong Kanan Profesor
Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam
Abstract
ADAPTASI PROFESIONALISME KEGURUAN MENURUT IBNU JAMA‘AH BAGI PENDIDIKAN ABAD KE-21
Strand: Teachers’ Well-Being
Ibnu Jama‘ah merupakan salah seorang tokoh pendidik Islam yang cenderung membahaskan mengenai ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang guru melalui bukunya bertajuk Tadzkirah al-Sami’ wa Al-Mutakallim fi Adab Al-‘lim wa Al-Muta‘allim. Kajian secara analisis kandungan ini dijalankan bagi melihat pandangan Ibnu Jama‘ah terhadap aspek profesionalisme keguruan dan kerelevanannya terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Antara perkara-perkara yang dijelaskan oleh Ibnu Jama‘ah bagi ciri-ciri guru cemerlang adalah aspek kesediaan mengajar, menghormati pelajar, asas pelajaran, jadual pelajaran, adab mengajar, pengawalan kelas, dan sebagainya. Pandangan Ibnu Jama‘ah masih relevan dan boleh diadaptasi dalam dunia pendidikan pada masa kini khususnya dalam sistem pendidikan abad ke-21 yang dapat melahirkan guru yang bersifat cemerlang dari domain kognitif, afektif dan psikomotor. Cadangan daripada kajian ini adalah bagi sentiasa melakukan penyelidikan mengenai pandangan-pandangan tokoh-tokoh pendidik Islam mengenai kurikulum pendidikan Islam yang banyak memberikan panduan berguna kepada guru-guru dalam menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21.
Keywords:
Profesionalisme Keguruan, Ibnu Jama‘ah, ciri-ciri guru cemerlang.