TDW 2021 Paper Presenter 17

Teachers' Day Conference, Brunei Darussalam

Nur Aqilah binti Haji Muhammad Syukri

Master of Teaching Graduate

Nur Aqilah binti Haji Muhammad Syukri adalah seorang calon guru Bahasa Melayu yang telah menamatkan pengajian Master Of Teaching (Secondary) di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam pada bulan Mei 2021. Semasa pengajian, beliau telah melaksanakan latihan mengajar di Sekolah Menengah Lambak Kiri dan Sekolah Menengah Rimba 2. Melalui pengalaman tersebut, beliau berminat untuk melaksanakan kajian mengenai “Kesan penggunaan model Learning Cycle 5E dalam meningkatkan tahap pencapaian meringkaskan karangan pelajar tahun 10”. Beliau juga berhasrat ingin melaksanakan lebih banyak kajian lagi dalam bidang pendidikan bahasa pada masa akan datang.


Abstract

KESAN PENGGUNAAN MODEL LEARNING CYCLE 5E DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENCAPAIAN MERINGKASKAN KARANGAN PELAJAR TAHUN 10

Strand: Pedagogy

Meringkaskan karangan merupakan salah satu soalan wajib dalam peperiksaan O’level bagi kertas Bahasa Melayu 2. Akan tetapi masih terdapat sebilangan pelajar yang lemah dalam aspek ini kerana tidak memahami isi teks yang diberikan. Justeru, pengkaji mengenalkan strategi model Learning Cycle 5E bagi mengenal pasti keberkesanan strategi ini. Fasa-fasa dalam model ini terdiri daripada Engagement, Exploration, Explanation, Elaboration dan Evaluation. Objektif kertas kerja adalah untuk (1) mengenal pasti keberkesanan model Learning Cycle 5E dalam meningkatkan pencapaian kemahiran meringkaskan karangan; (2) mengenal pasti kesan perbezaan yang signifikan bagi pembelajaran meringkasan karangan menggunakan model Learning Cycle 5E; dan (3) mengenal pasti persepsi pelajar terhadap model Learning Cycle 5E dalam pengajaran dan pembelajaran meringkaskan karangan. Pendekatan kajian adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif dan melibatkan seramai 26 orang pelajar di salah sebuah sekolah menengah kerajaan di Daerah Brunei dan Muara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam markah penulisan ringkasan karangan setelah didedahkan dengan strategi model Learning Cycle 5E.

Keywords:
Model Learning Cycle 5E, Meringkaskan karangan, Bahasa Melayu, kuantitatif, kualitatif, strategi pengajaran.